Tentang DiriKu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Serba sedikit tentang penulis dan juga blog ini.. Penulis blog ini merupakan lepasa ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguisti dalam bidang Bahasa Arab. Seorang bakal memegang Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden dari salah sebuah universiti tempatan yang sedang menyiapkan disertasinya dalam bidang Perkamusan. Bidang pengajian yang diambil langsung tidak ada kaitan dengan bidang dakwah. tetapi oleh kerana minatnya untuk menyampaikan dakwah, penulis cuba untuk menghasilkan blog ini. Penulis juga seorang yang aktif dalam aktiviti sukarelawan dalam sesebuah organisasi seperti program-program motivasi dan yang sewaktu dengannya. Gemar melancong, tetapi masih tiada kesempatan untuk melakukan aktiviti tersebut (banyak berangan..hihihi).

Blog ini pula dihasilkan adalah untuk mengetengahkan hasil tulisan para sarjana dalam bidang dakwah seperti buku-buku dan artikel-artikel mereka yang kadang-kadang ada yang tidak pernah membaca tentangnya.. Segala kekurangan yang ada pada blog ini amatlah dikesali kerana penulis masih lagi baru dalam penulisan blog dan akan diperbaiki dari masa ke semasa, insya-Allah..

Sekian serba sedikat informasi tentang penulis dan juga blog ini.. Wassalam..