Friday, April 22, 2011

Bismillahirrahmanirrahim....

Dalam tempoh empat bulan menjadi tenaga pendidik di SRI An Najihin, Sg Kapar Indah, banyak pengalaman yang telah saya peroleh. Bulan April dan Mei, banyak agenda yang telah disediakan oleh pihak SRI An Najihin, antaranya ialah, HARI SUKAN SEKOLAH, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan lain-lain lagi. Dua minggu yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan latihan sukan pada sebelah pagi dan petang setiap hari Isnin hingg Rabu. Sabtu 16 April 2011 telah diadakan perlawanan futsal dan bola jaring peringkat suku akhir, namun disebabkan cuaca tidak mengizinkan, perlawanan disambung pada minggu seterusnya.

Pada minggu ini pula, pada hari Isnin sahaja latihan sukan diadakan dan pada hari Rabu petang, perlawanan futsal dan bola jaring telah diadakan. Pada hari Rabu minggu hadapan juga akan diadakan acara merentas desa untuk pelajar tahap 2. Selepas acara tersebut, pelawanan futsal dan bola jaring akan disambung semula untuk menentukan kumpulan mana yang akan memperoleh gelaran Juara, Naib Juara dan seterusnya.

~ bersambung ~