Friday, April 22, 2011

Bismillahirrahmanirrahim....

Dalam tempoh empat bulan menjadi tenaga pendidik di SRI An Najihin, Sg Kapar Indah, banyak pengalaman yang telah saya peroleh. Bulan April dan Mei, banyak agenda yang telah disediakan oleh pihak SRI An Najihin, antaranya ialah, HARI SUKAN SEKOLAH, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan lain-lain lagi. Dua minggu yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan latihan sukan pada sebelah pagi dan petang setiap hari Isnin hingg Rabu. Sabtu 16 April 2011 telah diadakan perlawanan futsal dan bola jaring peringkat suku akhir, namun disebabkan cuaca tidak mengizinkan, perlawanan disambung pada minggu seterusnya.

Pada minggu ini pula, pada hari Isnin sahaja latihan sukan diadakan dan pada hari Rabu petang, perlawanan futsal dan bola jaring telah diadakan. Pada hari Rabu minggu hadapan juga akan diadakan acara merentas desa untuk pelajar tahap 2. Selepas acara tersebut, pelawanan futsal dan bola jaring akan disambung semula untuk menentukan kumpulan mana yang akan memperoleh gelaran Juara, Naib Juara dan seterusnya.

~ bersambung ~

Wednesday, March 2, 2011

Hidup Pada Memberi

Setelah tiga bulan bergelar seorang pendidik, kini baru ku sedari bahawa ada keseronkannya menjadi seorang pendidik. Dari situ kita akan kenali dan ketahui pelbagai ragam dan kerenah anak-anak didik kita. Di tempat aku bertugas, aku telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Sirah untuk Tahun 4 dan 5, dan Bahasa Arab untuk Tahun 1 hingga Tahun 5.

Pada mulanya memang agak sukar untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), tetapi lama kelamaan aku sudah pun dapat membiasakan diriku dengan situasi-situasi seperti itu. Bermacam-macam ragam yang telah dipamerkan oleh anak-anak muridku. Mereka mempunyai tahap pencapaian akademik yang berbeza. Ada yang hyperactive, ada yang lambat dan ada juga yang bijak. Sebagai seorang pendidik, perlu tahu kaedah-kaedah yang sesuai untuk menangani situasi tersebut.

... bersambung ....

Tuesday, March 1, 2011

kembali lagi..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Align CenterSetelah sekian lama aku x jenguk blog ni, rasanya dh bersawang dah agaknya.. sibuk disebabkan telah bertukar status dari pelajar kepada pendidik.. Oleh kerana dek kesibukan diri dengan tugas yang terpikul, tak ada masa untuk aku membelek-belek halaman ini. Memang banyak dugaannya bila dah bergelar seorang guru, macam tu jugak la guru-guru aku dulu masa mereka mendidikku sebagai anak muridnya.

Banyak aktiviti di sekoalh mahupun di luar sekolah.. tugasku bukan sekadar seorang guru, malah sebagai seorang pengurus kepada sebuah konsultan yang menguruskan program-program motivasi, kem ibadah dan lain-lain lagi. Semoga segala usahaku akan mendapat ganjaran di sisiNya nanti.. ameeen Ya Rabb..

Kini genap 2 bulan aku bertugas di SRI An-Najihin. Alhamdulillah, dalam tempoh 2 bulan ini aku sudah boleh membiasakan diri di sekolah tersebut. Terima kasih kepada semua sahabat2 yang banyak membantuku dalam usaha mendidik anak-anak kita dan insyaAllah akan "Melahirkan Anak Pintar Soleh".. insyaAllah..