Tuesday, April 27, 2010

Graviti Hati : Daya Tarikan Hakiki

Dipetik dari majalah NUR, November 2005 halaman 77 bahagian AUR & TEBING.


Graviti Hati : Daya Tarikan Hakiki


“Kenapa semua orang tinggalkan saya? Apa salah saya?” “Kami sekarang umpama retak menanti belah...”

Memiliki ramai kawan, sahabat dan orang-orang terdekat adalah antara perkara yang disenangi oleh setiap manusia. Dunia terasa sunyi tanpa orang-orang untuk disayangi dan menyayangi. Namun berapa banyak keluhan seperti yang disebut di atas, sama ada terluncur dari mulut ataupun setakat keluhan di dalam hati? Saya pernah meneriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang berbunyi “A lof of people will walk in and out of your life, but only true friends will leave footprints in your hearts...” Ya, benar! Memang ramai orang yang datang dan pergi dalam hidup kita, tetapi hanya saahabat sejati yang meninggalkan kesan di hati kita. Banyak perhubungan terjalin, ada yang berkekalan dan tidak kurang yang putus di tengah jalan. Kita bergerak setiap hari dalam arus manusia, namun berapa ramai yang ‘bermakna’ bagi kita? Ada orang yang di depan mata, tapi bukan siapa-siapa bagi kita. Ada yang jauh dipisahkan benua, tetapi kita berusaha untuk terus berhubung. Semacam ada satu daya tarikan antara orang-orang tertentu sehingga berlaku ikata atasa berbagai label dan nama – persahabatan, kepimpinan, kepengikutan, kekeluargaan, kerakyatan dan sebagainya.

DAYA TARIKAN DI SELURUH ALAM SEMESTA

Daya tarikan dalam perhubungan antara manusia suatu yang sangat kompleks. Mula-mula, graviti bumi. Kehidupan di muka bumi menjadi selesa dengan adanya graviti yang cukup kuatuntuk ‘memegang’ benda-benda agar tidak melayang-layang atau terapung-apung di udara. Bayangkan kalau kita tinggal di bulan yang gravitinya sangat kurang. Bagaimana pula keadaanyya kalau graviti bumi terlalu kuat sehingga sukar kita mengangkat kaki untuk berjalan?

Ingat lagi eksperimen mudah sewaktu zaman sekolah, bagaimana daun tumbuhan bergerak mencari sumber cahaya? Akarnya bergerak ke dalam tanah mencari sumber baja. Air mengalir dari tempat tinggi ke tempat rendah. Semuanya ada kaitan dengan ‘daya tarikan’.

Penyelidikan mutekhir mendapati adanya daya tarikan antara seluruh semesta (bintang-bintang, matahari, bulan, planet dan lain-lain) semuanya dalam paksi tersendiri secara stabil tanpa perlanggaran antara satu sama lain. Malah dikatakan seluruh semesta ini tertarik ke satu pusat tarikan paling kuat disebut ‘Black Hole’. Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya dengan Maha Bijaksana.

TAK DILIHAT OLEH MATA, TAPI DIRASAI OLEH INDERA

Daya tarikan terbukti wujud, tanpa dilihat oleh mata lahir, tetapi dirasai oleh seluruh indera kita. Menyedari wujudnya daya tarikan di seluruh alam jagat, saya ingin menarik fokus kepada persoalan mengenai daya tarikan paling bermakna antara manusia dari perspektif yang jarang diperktakan umum, untuk sekadar menjadi renungan bersama. Lebih khusus lagi, apakah daya tarikan paling bermakna antara manusia yangdilantik Allah sebagai pemakmur alam, memikul amanah sebagai khalifah dan hamba di muka bumi milik Allah ini?

SOAL HATI

Perhubungan adalah soal hati, apa juga perhubungan yang ‘bermakna’ di antara manusia adalah soal hati, tidak kira bagaimana ia tercetus. Tutup mata dan bayangkan orang-orang yang bermakna dalam hidup kita, pasti ada ‘rasa’ yang hanya kita sendiri memahami. Lihat pula kelompok manusia ramai dalam mana-mana perhimpunan umum yang tidak ada apa-apa hubungan dalam hidup kita.apa yang dirasakan?tentu tidak sama dengan membayangkan orang-orang yang ada ‘hubungan’ dengan kita.soal ‘rasa’ adalah soal hati. Kesan daya tarikannya dirasa apabila ada – sesuatu yang saya panggil ‘graviti hati’ antara sesama manusia.

‘Graviti hati’ – inilah yang melahirkan rasa kasih sayang, ukhwah, persaudaraan sehingga kita dengan sukarela menjadikan orang-orang tertentu begitu istimewa dalam hidup kita. Seluruh fokus hidup kita terarah kepadanya. Apa yang mereka lakukan memberi kesan terhadap perasaan kita. Sedih dan gembira; marah dan tenang; rindu dan benci. Malah tidak keterlaluan kalau saya katakan, orang-orang ini seolah-olah menetukan bahagis atau deritanya kehidupan kita.

Soalnya, pasti kita sedari ini adalah perkara yang di luar kemampuan kita untuk mengawalnya. Mengapa? Kerana kita makhluk yang lemah, perlukan kekuatan dari Dia yang Maha Gagah. Segalanya adalah di bawah kekuasaan Allah, Tuhan yang Maha Pencipta dan Pemilik Mutlak seluruh alam.

“...Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dialah yang mematikan dan menghidupkan. Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuandari air mani apabila dipancarakan...”

(An Najm : 43 – 46)

Dialah juga yang menciptakan graviti hati antara hamba-hambaNya. Dia pemilik seluruh graviti yang wujud.

KEMERDEKAAN MENGURUSKAN GRAVITI HATI

Sebagai makhluk yang dilantik memegang amanah khalifah pentadbir muka bumi dengan pendekatan sebagai ‘hamba’ yang mesti tunduk kepada peraturan syariat-Nya, kita diberi kebebasan untuk menyubur atau meracuni graviti hati sesama kita, kebebasan yang tidak diberi kepada bumi, bulan, bintang, matahari, gunung ganang dan makhluk yang lain.

SUBURKAN GRAVITI HATI KEPADA ALLAH


Pilihan paling bijak adalah memastikan graviti hati kita lebih kuat terikat kepada Dia yang empunya seluruh alam supaya apa jua yang cuba menjauhkan kita dari orang-orang yang bermakna dalam hidup kita, ‘kejauhan’ itu akan dapat ‘ditampung’ dengan kekuatan graviti antara hati kita dengan Dia yang Maha tinggi.

Daya tarikan terhadap fizikal, terhadap wang ringgit, terhadap anak-anak, pasangan, sahabat handai semuanya tidak sekuat graviti hati yang menjadi pusat rasa. Namun tidak akan ada satu kuasa pun yang berdaya melemahkan graviti yang kita suburkan terhadap Allah. Apabila kita menjadikan Allah sebagai pusat graviti hati, maka terpeliharalah segala jenis graviti yang lain di bawah satu ikatan yang paling puncak – ikatan tauhid. Graviti antara hati yang diikat oleh ikatan akidah.

IKATAN PERHUBUNGAN PALING KUKUH


Siapa yang lebih menyayangi? Siapa yang daya tarikan hatinya kepada Tuhan paling kukuh, maka dialah yang paling berdaya untuk menyayangi orang lain? Betapa tidak, kerana ikatan hati yang berteraskan daya tarikan kepada zat Yang Maha Agung mampu mengatasi apa jua daya lain yang cuba memisahkan. Kasih sayang tanpa syarat hanya yang berasaskan kekuatan hubungan hati kepada pencipta – Dia yang mencipta orang-orang yang bermakna dalam hati kita.

IBLIS DAN SYAITAN, PEMECAH ‘GRAVITI’ ANTARA HAMBA & TUHAN

Makhluk yang tidak pernah putus asa sejak dahulu, kini da sehingga kiamat, untuk memutuskan daya tarikan teragung antara manusia dan Tuhan adalah Iblis dan syaitan – atas naama ego dan kesombongan. Makhluk terkutuk ini menggunakan segala pendekatan licik untuk melemahkan graviti antara manusia dengan Tuhan agar dia mendapat seramai-ramainya ‘kawan’ di dalam neraka sejak tercetusnya ‘konflik antaranya dengan Nabi Adam di syurga dahulu. Hanya Allah yang mampu memberi kita kekuatan untuk berhadapan dengan makhluk ini.

KASIH SAYANG TANPA SYARAT

Maka jika terasa seolah-olah semua ‘lari’ daripada kita, apabila ukhwah terasa mula retak, apabila rumah tangga semakin berkocak, apabila persahabatan menuju nokhtah, renungilah hal ini. Langkah pertama yang paling penting adalah pastikan graviti hati kita tarikan utamanya adalah kepada Allah. Graviti antaraa hati yang sama-sama ditarik ke arah Tuhan yang Maha Esa tidak akan putus, malah mampu merentas alam hingga berjaya menduduki syurga di akhirat di mana Tuhan sendiri menampakkan diri-Nya kepada penghuni syurga.

Inilah resepi utama yang memberi kuasa graviti paling ampuh antara hati kita sehingga tidak lagi retak atau pecah sepanjang kita menghadapi apa jua takdir yang ditetapkan dalam perjalanan melalui alam dunia ke alam syurga tempat asal dan tempat kembali hamba-hamba yang tunduk kepada Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang.

Kasih sayang dan cinta tanpa syarat hanya mampu dimiliki dan diberi oleh hati yang graviti terkuatnya adalah kepada sang Pencipta graviti itu sendiri dan jangan biarkan Iblis dan syaitan mengambil peluang untuk melemahkan graviti ini!

Maka kenalilah Tuhan dengan sesungguhnya supaya kita mampu menjadikan Dia sebagai pusat graviti hati kita.


GRAVITI HATI SESAMA MANUSIA


Kita adalah makhluk dan hamba yang tidak berdaya, namun kita ada Dia yang Maha Gagah! Maka untuk menangani ‘soal graviti’ ini, mintalah kekuatan daripada-Nya.

CINTA PADA ALLAH

CINTA

Kalau umat Islam benar-benar cintakan Islam, maka pasti akan tertegak cara hidup Islam yang menyeluruh. Cinta itu buta; buta pada sebarang alasan dan keuzuran demi mengejar keredhaan yang dicintai. Cinta adalah ‘kuasa’ yang hebat dan kuat. Jika cinta telah diserahkan kepada Islam, pastilah Islam itu pula yang nampak hebat dan kuat. Kalaulah benar kita cintakan Islam, kita akan bercita-cita besar. Akan terasa apa yang kita inginkan dilaksanakan dalam kehidupan ini adalah luas, seluas ajaran Islam. Kita akan bermati-matian untuk mengamalkan seluruh ajaran Islam sebagai way of life. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada yang sebesar-besarnya. Cinta tidak mengatakan tidak pada sebarang kehendak oleh orang dicintai. Cintakan Islam akan menimbulkan kesempurnaan amalan. Inilah yang dikehendaki oleh Allah SWT di dalam firmanNya:

“…Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan…” (Surah Al-Baqarah : Ayat 208)

Ruang lingkup perjuangan hidup kita sehari-hari menjadi begitu luas. Seorang yang benar-benar cintakan Islam tidak akan beramal secara part-time. Tetapi Islam akan menjadi darah dagingnya sehingga full-time malah sentiasa over-time dengan amalan-amalan Islam. Sumbangan tenaga dan pemikirannya tidak akan disukat-sukat oleh ganjaran duniawi seperti gaji, elaun atau komisyen tetapi semata-mata mengharapkan cinta daripada Kekasihnya (Allah SWT).

Walaupun peranan atau tugas seseorang adalah khusus bersandar pada bakat, kemahiran dan kepakaran, tetapi apabila hendak merebut kecintaan, kita tidak boleh mengkhususkannya hanya kepada satu bidang sahaja. Sebagai seorang muslim, kita mestilah versatile dalam amalan Islamnya. Akhlak, sikap dan cakap seorang muslim mestilah ditujukan untuk kepentingan Islam. Ia menjadi basahan hidup umat Islam walau di mana sahaja mereka berada. Walaupun kadang-kala mereka hidup di negara bukan Islam, tetapi amalan-amalan Islam dilaksanakan tanpa sekatan. Amalan-amalan Islam yang sesuai dengan fitrah ini jika dilaksanakan, tidak ada akta atau undang-undang yang menyekatnya kerana ia sudah menjadi amalan hidup harian.

Rasa kehambaan. Tegasnya amalan Islam tidak dihalang oleh undang-undang. Namun amalan Islam secara syumul tidak akan dapat diamalkan selagi tidak ada rasa kehambaan. Rasa kehambaan inilah yang menentukan sama ada Islam dapat diamalkan secara syumul atau tidak. Jika rasa kehambaan ada, Islam akan dapat diamalkan sekalipun tidak ada akta yang menyuruhnya. Sebaliknya jika tidak ada rasa kehambaan, kesyumulan amalan Islam tidak akan dapat direalisasikan sekalipun ada akta yang mewajibkannya.

Masyarakat Islam. Hasil dari rasa kehambaan yang ada pada setiap orang, lahirlah sebuah masyarakat yang akhlak dan kehidupan anggota-anggotanya kelihatan begitu indah dan menarik seperti bunga-bunga yang berkembang mekar di dalam taman. Bunga iman dan Islam; hasil tersemainya Al-Quran dan Sunnah dalam jiwa, fikiran dan fizikal manusia. Itulah masyarakat Islam sejati.

WALLAHU ALAM……

CINTA DAN MENCINTAI KERANA ALLAH

(1. 1 ) Kedudukan Dua Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah


Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya.


Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja.


Hadis yang bemaksud:


"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah,lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah,seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi (keseorangan) lalu mengalir air matanya"
( muttafaqun alaihi)
Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T.

Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan

mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani(anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud:

"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku."

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini.

Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya,tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.

Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:


"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka"
(Riwayat Attarmizi)


Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A) maksudnya:
"Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi "Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab: "Tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu berkata kepadanya: "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.


Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.


(1.2) Kesan Cinta Kepada Allah Di Dalam Kehidupan Orang Islam


Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya ke dalam syurga.


((Demi yang diriku di dalam genggamannya , kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehungga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku (nabi)tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu))

(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan pandangan tarbiah yang diperolehi dari Allah, bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut hasad dengki dari dada, dan kekotoran jiwa kecuali persahabatan yang sejati. Satu nilai persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan orang Islam yang dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat menasihati, perpaduan, bebas dari segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya.

Dengan kasih sayang yang gemilang inilah, Rasulullah telah membangunkan generasi Islam yang pertama, satu generasi yang telah menyampaikan langit kebumi (rahmat yang melimpah ruah) dan membina mahligai Islam di alam sejagat.

Inilah dia kasih sayang dan perpaduan yang tiada siapa sudi menanamnya didalam hati kecuali Islam.

Kasih sayang yang suci lagi kukuh dan cinta yang setia di antara mereka jualah yang akan menjayakan perjuangan mereka.


Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam."

(Riwayat Muslim)


Sesunguhnya orang Islam yang menghayati ajaran agamanya akan mempunyai hati dan perasaan yang sentiasa berkobar-kobar untuk mencintai saudara dan sahabatnya. Dia akan menghadapi mereka dengan sepenuh hati dan perasaannya. Inilah asas-asas yang menjadi faktor perpaduan untuk mencapai cinta dan redha Allah di Akhirat kelak.


Ikatan Murni

Bermusim telah berlalu

Hari ini kian indah warnanya

Tulus cinta yang didamba

Bertemu bahagia

Prasangka telah berakhir

Sangsi hati kian jauh menyisih

Kata janji yang terpatri

Menyimpul ikatan murni

Ku menharap pada yang menyinta

Ku merindu hanya yang mengasih

Ku memohon hanya pada Mu Ilahi

Moga di berkati jalinan yang suci

Ku berteduh bawah pohon yang merimbun

Ku bergantung hanya pada dahan yang terkukuh

Ku bersandar hanya padamu kekasih

Pimpin diri ini ke jalan yan pasti

Dengan redha ku pasrah segalanya

Agar dikau temui ketenangan yan dikau cari

Disuburi benih cinta yang tersemai

Disirami hujan kasih dan sayang

Disulami dengan keteguhan iman

Demi syurgaku di sisimu selamanya.

Bencana Kerana Perbuatan Sendiri

Kebelakangan ini, kita sering mendengar pelbagai berita mengenai tragedi yang berlaku di seluruh dunia. Ini termasuklah pembunuhan yang berpunca daripada perasaan tamak serta dengki khianat sesama manusia itu sendiri.

Selain daripada itu, bencana alam seperti banjir, taufan, gempa bumi, kemarau, letupan gunung berapi, peperangan serta banyak lagi tragedi lain semakin kerap melanda sebahagian besar muka bumi yang kita diami.

Kesan daripada bencana itu, berlakulah kehilangan ribuan nyawa manusia, ternakan dan juga kerugian harta benda yang tidak ternilai. Dalam pada itu, ada juga tempat-tempat yang jarang atau tidak pernah kita dengar berlaku gempa bumi, kini dilaporkan mengalami kejadian itu.

Begitu juga dengan peperangan, hampir setiap hari beribu-ribu manusia terkorban kerana bencana buatan manusia sendiri. Daripada peristiwa itu, dapat kita melihat bagaimana manusia dan alam kini semakin kalut dengan pelbagai kemelut. Bagaimanapun, qada’ dan qadar Allah ternyata berlaku terhadap manusia berasaskan perbuatan mereka sendiri.

Apabila datang bencana, ia adalah balasan yang setimpal daripada Allah kepada segelintir hamba-Nya yang tidak pernah mahu menginsafi perbuatan masing-masing dengan meneruskan penderhakaan terhadap Allah.

Kalau direnung secara mendalam, kita akan dapati bahawa segala malapetaka yang berlaku sekarang membuktikan keagungan Allah terhadap hamba-Nya.

Kemarau dan banjir umpamanya menakutkan manusia di serata dunia. Ini kerana ia boleh berlaku di mana saja tanpa mengira keadaan iklim atau fizikal sesuatu tempat itu lagi hingga ia kadangkala turut mengelirukan pihak yang terbabit untuk membuat kajian saintifik mengenai bencana tersebut.

Dalam hubungan itu, masing-masing lupa bahawa bencana itu adalah ketetapan Allah lantaran kedurjanaan yang dilakukan oleh kelompok manusia tertentu. Kini, maksiat berlaku di merata tempat dan manusia kian gila dengan kehidupan sosial tanpa batasan.

Kalau dikaji secara mendalam, bencana seperti kemarau yang begitu teruk sebenarnya adalah bala Allah terhadap manusia yang enggan mensyukuri nikmat Allah.

Rezeki dan kurniaan Allah terhadap mereka banyak dilaburkan ke jalan maksiat dan sia-sia. Apabila diuji oleh Allah dengan kepapaan dan kemiskinan, mereka begitu mudah berputus asa dan mula menderhakai Allah dengan melakukan alternatif yang tidak direstui Islam.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu.”

(Surah As-Syura: ayat 30)

Sebagai umat Islam yang meyakini keesaan dan keadilan Allah, maka adalah perlu bagi kita semua untuk merenungi dan meneliti setiap kejadian ngeri, termasuk pelbagai musibah yang berlaku dengan penuh keinsafan.

Insaf kerana segala apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah dan insaf untuk beringat-ingat bahawa bencana yang terjadi akan menimpa sesiapa jua nanti, andainya mereka melakukan penderhakaan terhadap Allah.

Dalam hal ini, setiap kita perlu merenung ke dalam diri kita dengan serius, mengkaji setiap tingkah laku dan tindakan yang kita ambil sekian lama, apakah semuanya menepati kehendak masyarakat keseluruhannya atau menyeleweng daripada landasan kebenaran dan keredaan Allah.

Apabila Allah sendiri berjanji seperti di dalam firman-Nya itu, maka tidak mustahil setiap bencana yang berlaku adalah balasan di atas sikap dan perlakuan manusia itu sendiri.

Dalam pada itu, jika ada kesederhanaan dalam malapetaka yang menimpa seseorang atau sesuatu umat, maka ia barangkali menjadi satu ingatan dan pesanan daripada Allah agar mereka yang terbabit segera insaf dan kembali kepada kebenaran.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai kaum-Ku, mintalah ampun kepada Tuhanmu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruan-Ku dengan terus melakukan dosa.”

(Surah Hud: ayat 52)

Keengganan menunaikan beberapa tuntutan Islam seperti mengeluarkan zakat juga mempunyai hubungan dengan bencana, antaranya kemungkinan berlaku kemarau panjang seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan selama-lamanya.”

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.

Oleh itu, sama-samalah kita kembali kepada tatacara hidup seperti yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

This page hosted by

Khalifatullah alHalim

Al-Quran Sebagai Panduan Yang Terbaik

AL-QURAN PEMBINA AKHLAK MULIA

Aqidah Mencorakkan Akhlak - Nilai-Nilai Mutlak Dan Relatif - Model Akhlak Al-Quran – Akhlak Terhadap Sesama Islam - Al-Quran Sumber Akhlak Mulia.

KATA-KATA ALUAN

Segala puji-pujian untuk Allah S.W.T. yang menguruskan segala perkara dengan tadbiran-Nya serta menghiaskan manusia dengan ilmu-Nya supaya dengan itu berbezalah antara manusia dengan makhiuk lain yang diciptakan Allah di alam ini.

Akhlak merupakan satu pancaran daripada kemurnian aqidah yang dianuti oleh seseorang insan. akhlak yang balk adalah gambaran daripada aqidah yang benar yang jauh daripada unsur-unsur penyelewengan Akhlak yang buruk pula merupakan racun yang membunuh manusia, yang merosakkan akal fikiran, keaipan yang terbuka serta kehinaan yang jelas menjauhkan seseorang itu dari berhampiran dengan Allah, Tuhan semesta alam.

Justeru itu kedua-dua sifat akhlak ini memerlukan kita mengenainya, bermujahadah untuk mendapatkan akhlak yang balk serta bermuhasabah pula untuk menghindarkan akhlak yang buruk.

Saya berdoa semoga buku kecil ini memberi manfaat kepada para pembaca dalam usaha mengenal akan hati masing-masing, mengenal penyakit-penyakitnya dan terus pula merawatnya demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Kepada penulis buku ini saya juga berdoa kepada Allah S.W.T. agar diberkati usaha beliau dan menerimanya sebagai amalan yang baik lagi mulia.

AL-QURAN PEMBINA AKHLAK MULIA

AKHLAK ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai-nilai dan sikap itu pula terpancar daripada konsepsi dan gambarannya terhadap hidup. Dengan perkataan lain, nilai-nilai dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya iaitu gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya

Aqidah yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh kepaisuan, khurafat dan falsafah-falsafah serta ajaran yang paisu, akan memancarkan nilai-nilai benar yang murni di dalam hati. Nilai-nilai ini akan mempengaruhi pembentukan sistem akhlak yang mulia. Sebaliknya, jika aqidah yang dianuti dibina di atas kepalsuan dan gambarannya mengenai hidup bercelaru dan dipengaruhi oleh berbagai-bagai fahaman paisu, ia akan memancarkan nilai-nilai buruk di dalam diri dan mempengaruhi pembentukan akhlak yang buruk.

Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk, merupakan dua jenis tingkahlaku yang berlawanan dan terpancar daripada dua sistem nilai yang berbeza. Kedua-duanya memberi kesan secara langsung kepada kualiti individu dan masyarakat. lndividu dan masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh nilai-nilai dan akhlak yang baik akan melahirkan individu dan masyarakat yang sejahtera. Begitulah sebaliknya jika individu dan masyarakat yang dikuasai oleh nilai-nilai dan tingkahlaku yang buruk, akan porak peranda dan kacau bilau. Masyarakat kacau bilau, tidak mungkin dapat membantu tamadun yang murni dan luhur.

Sejarah membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu yang inginkan kejayaan bermula daripada pembinaan sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi oleh unsur-unsur kebaikan yang terpancar daripada aqidah yang benar. Masyarakat itu runtuh dan tamadunnya hancur disebabkan keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang terbentuk daripadanya. Justeru itu, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya. Martabat manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya akhlak runtuh dan nilai-nilai murni tidak dihormati dan dihayati. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mutia. (Riwayat al-Baihaqi)

Para sarjana dan ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam membina keluhuran peribadi dan tamadun manusia. akhlak yang mulia menjadi penggerak kepada kemajuan dan kesempurnaan hidup. Sebaliknya, akhlak yang buruk menjadi pemusnah yang berkesan dan perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta ketinggian hidup manusia di bumi ini.

Kepentingan akhlak dalam kehidupan dinyatakan dengan jelas dalam. Al-Ouran menerusi berbagai-bagai pendekatan yang meletakkan al-Ouran sebagai sumber pengetahuan mengenai nilai dan akhlak yang paling terang dan jelas. Pendekatan al-Quran dalam menerangkan akhlak yang mulia, bukan pendekatan teoritikal tetapi dalam bentuk konseptual dan penghayatan. akhlak yang mulia dan akhlak yang buruk digambarkan dalam perwatakan manusia, dalam sejarah dan dalam realiti kehidupan manusia semasa, al-Ouran diturunkan.

Al-Quran menggambarkan bagaimana aqidah orang-orang beriman, kelakuan mereka yang mulia dan gambaran kehidupan mereka yang penuh tertib, adil, luhur dan mulia. Berbanding dengan perwatakan orang-orang kafir dan munafiq yang jelek dan merosakkan. Gambaran mengenai akhlak mulia dan akhlak keji begitu jelas dalam perilaku manusia blepanjang sejarah. Al-Quran juga menggambarkan bagaimana perjuangan para rasul untuk menegakkan nilai-niiai mulia dan murni di dalam kehidupan dan bagaimana mereka ditentang oleh kefasikan, kekufuran dan kemunafikan yang cuba menggagalkan tertegaknya dengan kukuh akhlak yang mulia sebagai teras kehidupan yang luhur dan murni itu.

Aqidah Mencorakkan Akhlak

Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, nilai-nitai akhlak yang dipegang oleh seseorang dan sesuatu kebudayaan itu adalah hasil daripada aqidah dan gambaran tentang kehidupan itu. Pembentukan nilai-nilai akhlak itu bergantung kepada bagaimana manusia memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang asasi dalam hidup. Siapakah yang mencipta alam ini dan apakah tujuannya? Apakah tujuan manusia ditempatkan di bumi dan apakah tujuan dan

matiamatnya yang sebenar? Jawapan-jawapan kepada persoalan asas mengenai kehidupan ini akan menentu dan mencorak nilai-nilai akhlak yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu kebudayaan. Oleh kerana terdapat berbagai- bagai jawapan kepada persoalan tersebut, maka terdapat berbagai sistem nilai di dalam masyarakat manusia yang mencorakkan berbagai sikap dan tingkahlaku yang membentuk berbagai-bagai kebudayaan.

Al-Quran telah memaparkan berbagai golongan yang memberi jawapan berbeza kepada persoalan-persoalan asasi kehidupan yang membentuk konsepsi dan aqidah mengenai kehidupan ini. Terdapat aqidah orang-orang beriman, aqidah orang-orang kafir, aqidah orang-orang fasik dan aqidah orang-or-ang munafiqin.

Aqidah orang-orang beriman dinyatakan dalam al-Ouran seba^gai orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T, kepada Rasul-Nya, kepada keagungan Allah yang mencipta dan memiliki alam ini. Mereka yakin kepada hari akhirat, yakin bahawa kejadian Allah tidak terbatas kepada alam lahir sahaja dan kejadian Allah itu tidak terbatas dalam lingkungan yang dapat diketahui oleh manusia. Kerana itu mereka percaya kepada kejadian Allah yang ghaib, seperti malaikat, gyurga, neraka dan adanya makhluk-makhiuk Allah yang lain yang tidak diketahui oleh manusia dan pengetahuan manusia tidak menjadi syarat bagi menentukan sesuatu kejadian Allah harus ada atau tidak ada. Allah S.W.T bebas mengikut kehendak-Nya, untuk mencipta atau tidak mencipta sesuatu yang ada di dalam ilmu-Nya.

Aqidah ini menyebabkan orang-orang beriman sentiasa bergantung harap kepada Allah S.W.T dan tidak bergantung harap kepada yang lain daripada-Nya. Tujuan hidup manusia di dunia ini ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T. dan setiap tindak tanduk dan kelakuan serta tindakannya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Keredhaan Allah dan beribadat kepada Allah S.W.T. menjadi tumpuan dan pemusatan setiap aspek kegiatannya.

Pergantungan semata-mata kepada Allah memberikan kepada seorang mu'min itu kebebasan dan tidak terikat kepada mana-mana kuasa lain daripada Allah S.W.T. Daripada perasaan inilah tercetusnya pengakuan seorang muslim bahawa "Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah S.W.T."

Manusia beriman yang sebenarnya, tidak mungkin menyembah kepada yang lain daripada Allah S.W.T., tidak mempeduangkan sesuatu yang dicipta oleh mana-mana kuasa selain dadpada yang ditentukan di dalam agama Allah S.W.T. Allah S.W.T. bagi mereka adalah Tuhan Yang Maha Sempuma, Maha berkuasa dan kepada Dialah tumpuan segala ibadah dan segala yang baik sama ada niat dan amalan. Lihatiah bagaimana pendirian yang bebas, tegas dan berani yang ditunjukkan oleh seorang mu'min yang sejati Rab'i bin Amir ketika berhadapan dengan raja Rum, yang bermaksud:

'Allah sesungguhnya mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang dikehendaki-Nya daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah hanya kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan keluasan akhirat daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.'

Seorang mu'min berjiwa bebas, tetapi bukan sebagai debu berterbangan di udara. Kebebasan seorang mu'min sentiasa mendapat panduan dan bimbangan. Justeru itu ia tidak berkelana dan hidup tanpa tujuan. la sentiasa bergerak bebas dengan memiliki peta yang menunjukkan haluan pergerakan dan perjalanannya. la sentiasa bertindak mengikut petunjuk Allah dan berpandu kepadanya.

Seorang mu'min berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya bahawa ia adalah hamba kepada Allah S.W.T. Segala perbuatannya akan dinilai dan dihitung serta diberikan balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama. Wawasannya, tidak semata-mata untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia, tetapi juga di akhirat. Tentunya, ganjaran di akhirat adalah lebih baik dahapda di dunia. Kerana itu, ia sanggup mengorbankan kurniaan Allah di dunia, untuk mendapatkan kurniaan Allah di akhirat.

Aqidah dan pandangan hidup yang asas ini, memancarkan nilai-nilai yang murni dalam jiwa orang-orang beriman. Nilai-nilai ikhias untuk Allah S.W.T. dan tidak tunduk beribadah melainkan kepada Allah S.W.T adalah merupakan nilai yang agung yang membentuk akhlak yang murni dan jiwa yang luhur dalam kehidupan orang-orang beriman. ]a membentuk akhlak terhadap Allah S.W.T. dan akhlak terhadap sesama manusia.

Hubungan manusia dengan Allah S.W.T dan kelakuannya terhadap Allah S.W.T. ditentukan mengikut nilai-nilai aqidah yang ditetapkan. Begitu juga akhlak terhadap manusia dicorakkan oleh nilai-nilai aqidah seorang muslim, sepertimana yang ditetapkan didalam al-Ouran yang merupakan ajaran dan wahyu daripada Allah S.W.T Pergaulan manusia dengan manusia tidak boleh disamakan dengan perhubungan manusia dengan Allah S.W.T.

Aqidah dan pegangan seorang beriman berbeza dengan aqidah dan pegangan seorang kafir. Justeru itu nilai-nilai dan akhlak juga berbeza. Al-Quranmemaparkan aqidah dan pegangan orang-orang kafir dalam berbagai kategori, justeru terdapat berbagai bentuk kekufuran yang beriaku di kalangan umat manusia. Antara kekufuran yang beriaku disebabkan mereka menolak ajaran yang benar yang dibawa oleh utusan Allah S.W.T. dan mereka menafikan kerasulan utusan itu. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Maka berkata pembesar-pembesar yang kafir itu dari kalangan bangsanya, ini tidak lain daripada manusia seperti kamu. ]a hendak menonjoikan diri supaya lebih daripada kamu. Jika Allah hendak turunkan utusan, Dia akan turunkan malaika t Kita tidak mendengar dati bapa -bapa kita yang terdahulu mengenai ini (utusan Allah dari kalangan manusia). (al-Mu'minun: 24)

Kekufuran juga beriaku kerana tidak percayakan hari akhirat. Kerana percaya bahawa tidak ada kehidupan selepas mati, mereka hidup berfoya-foya di dunia ini tanpa memikirkan seksaan di akhirat. Bagi mereka seperti yang dinyatakan oleh al-Quran "kehidupan ini cuma di dunia". Manusia dilahirkan dan kemudian mati, mereka tidak dibangkitkan kembali, seperti kata mereka yang bermaksud:

"Kehidupan kita tidak yang lain daripada kehidupan di dunia. Daripada tiada kita ada dan hidup. Apabila mati kita tidak dibangkitkan lagi.

Maksudnya: "Dan berkata pembesar-pembesar dari bangsanya yang kafir dan mendustakan kehidupan akhirat dan kamijadikan berfoya-foya dalam kehidupan mereka di dunia, orang ini, hanyalah seorang manusia seperti kamu. fa makan dari apa yang kamu makan dan minum dari apa yang kamu minum '. (al-Mu'minun: 33)

Kekufuran juga beriaku disebabkan sifat bongkak dan sombong serta ingkar kepada perintah Allah dan angkuh terhadapnya. Allah berfirman mengenai kekufuran Iblis yang bermaksud:

"Dan ketika kami berkata kepada malaikat sujudiah kepada Adam. Mereka pun sujud, kecuali lblis. la ingkar dan takabur dan ia daripada orang-orang kafir. (al-Baqarah: 34)

Aqidah orang-orang kafir yang sombong terhadap Allah S.W.T, yang tidak percaya kepada para rasul yang diutus oleh Allah dan ajaran-ajaran yang mereka bawa, yang tidak percaya kepada hari akhirat dan tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dengan ingkar kepada hukum-hukum itu, membentuk nilai-nilai kelakuan dan cara hidup yang menjurus ke arah kehidupan yang tidak berakhlak mulia dan luhur. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang kafir meni'mati kesenangan didunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang temak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.' (Muhammad: 12)

Mereka tidak mempunyai matiamat yang murni dan abadi dalam kehidupan mereka. Kehidupan ini bagi mereka mencari makan, mencari harta dan berfoya-foya semata-mata untuk di atas dunia ini. ltulah sahaja kehidupan mereka. Selain dadpada itu, tiada matiamat yang jauh yang hendak dituju. Pandangan dan cara hidup mereka ini, sudah tentu mempengaruhi pembentukan akhlak mereka yang pincang dan bercelaru.

Satu lagi aqidah kekufuran yang berbahaya ialah munafiq yang "pepat di luar rencung di dalam,' "telunjuk lurus kelingking berkait.' Bahaya kekufuran ini sangat dahsyat kerana sikap pemusuhan dan dendam mereka terhadap orang-orang yang beriman. Gambaran mengenai aqidah mereka penuh dengan gambaran kepura-puraan. Mereka mengaku beriman, tetapi mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka berpura-pura percaya kepada Nabi s.a.w. yang diutus oleh Allah S.W.T. tetapi dalam hati mereka benci dan memusuhi baginda. Mereka memandang rendah kepada ajaran Nabi s.a.w. dan sering mempertikaikan ajaran itu. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Dan di kalangan manusia ada yang berkata kami beriman dengan Allah dan Hari akhirat Pada hal mereka bukan datipada orang-orang beriman. (al-Baqarah : 8)

Aqidah munafiqin, melahirkan sifat-sifat dan kelakuan-kelakuan keji yang mewakiii akhlak yang buruk. Untuk menyembunyikan kekufuran, mereka berdusta, memutar belitkan kebenaran, memungkid janji dan mengkhianati amanah. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Tiga perkara yang sesiapa yang mempunyainya di dalam diri maka ia adalah munafiq. Apabila bercakap ia dusta, apabila bedanji tidak dikotakan apabila diberi amanah ia khianat. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nilai-Nilai Mutlak Dan Relatif

Selain daripada memaparkan konsep dan penghayatan akhlak secara konsepsi dan praktikal dan membezakan antara akhlak orang- orang yang beriman dan orang-orang kafir berasaskan kepada perbezaan aqidah mereka, al-Ouran menghuraikan pengertian akhlak Islam yang didokong dan dihayati oleh orang-orang beriman. akhlak Islam dijelaskan berdasarkan kepada model insan kamil yang terdapat dalam did Rasuluilah s.a.w. yang telah merealisasikan pengertian akhlak al-Quran dalam kehidupan yang realistik. Rasuluilah s.a.w. dikatakan sebagai al-Quran yang berjalan. Aishah ra. berkata 'Adapun akhlakbaginda ialah al-Ouran' ' Kerana itu nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam ialah nilai-nilai mutlak.

Nilai-nilai asas ini, tidak bersifat relatif atau nisbi. Nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam, tidak berubah-ubah mengikut zaman dan tempat. la tidak hanya baik pada masa yang lalu dan tidak baik untuk masa sekarang. Apa yang diperakukan oleh al-Quran dan al-Sunnah sebagai baik, maka ia adalah baik untuk sepanjang zaman dan tempat. Apa yang dianggap tidak balk, maka ia adalah tidak baik untuk selama-lamanya. Apa yang baik adalah haial dan yang buruk dan tidak baik itu adalah haram. Perkara haial dan yang haram diterangkan dengan jelas.

Nilai-nilai yang baik dan buruk diprogramkan ke dalam hukum-hukum yang menentukan sama ada sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan, yang mesti dilakukan atau mesti dilakukan atau mesti ditinggalkan atau dijauhkan. Hukum-hukum itu ialah wajib, sunat, haram dan makruh. Perkara-perkara yang telah diprogramkan ke dalam hukum-hukum ini adalah mutlak sifatnya. Akan tetapi perkara-perkara yang termasuk dalam perkara harus adalah relatif sifatnya.

Nilai-nilai akhlak Islam, berbeza dengan nilai-nilai tamadun Barat yang semata-mata bergantung kepada aka] dalam menentukan nilai-nilai baik dan tidak baik. Kerana itu, kebanyakan nilai-nilai dalam tamadun barat bersifat relatif. Pada hari ini ia difikirkan sebagai baik dan di masa yang lain ia ditolak sebagai baik. Begitu juga yang dipandang buruk pada hari ini, tidak lagi dianggap demikian pada masa yang lain. Homoseksual dan Lesbian, dahulu dianggap haram dan tidak baik. Sebaliknya hari ini perbuatan itu dihalaikan dan dibenarkan sebagai legal serta mendapat hak-hak dan periindungan perundangan. Kenisbian nilai-nilai akhlak ini, menimbulkan huru hara nilai yang mengakibatkan kepincangan akhlak.

Rasuluilah s.a.w., adalah contoh seorang hamba Allah yang bersyukur iaitu contoh berakhlak mulia dan tinggi dalam hubungan dengan Allah S.W.T. lni berasaskan kepada peribadahan yang dilakukannya dengan penuh ikhias mengikut sistem peribadahan yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.1 berfirman yang bermaksud:

"Mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhias serta mempunyai sistem agama-. (al-Bayyinah: 5)

Orang-orang kafir musyrik yang beribadah kepada yang lain daripada Allah S.W.T. adalah manusia yang tidak berakhlak dan beriaku biadab terhadap Allah S.W.T Abu Lahab, Firaun, Namrud dan lain-lain adalah contoh manusia yang tidak berakhlak dan biadab terhadap Allah S.W.T. Mereka takbur, bongkak dan sombong. Mereka melakukan kemungkaran, kezaliman dan kerosakan di bumi akibat daripada kesyirikan mereka terhadap Allah. Nilai-nilai syirik menjadikan mereka manusia yang tidak bermoral dan makhiuk perosak yang meluas seperti di kalangan generasi baru masyarakat barat.

Model Akhlak Al-Quran

Akhlak Rasuluilah s.a.w. adalah model akhlak-akhlak mulia yang dihurai dan dijelaskan dalam al-Quran. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia dalam al-Quran, bukan sahaja untuk difahami, tetapi untuk dilaksanakan. Contoh kepada penghayatan dan kaedah penghayatan itu ialah kehidupan Rasuluilah s.a.w

Rasuluilah s.a.w. seorang mu'min yang terulung. Seorang yang telah diasuh dan dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dijadikan seorang rasul dan contoh insan kamil yang menjadi ikutan dan teladan sepanjang zaman. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sungguh agung". (al-Qalam: 4)

Juga firman-Nya yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasuluilah itu contoh ikutan yang baik". (al-Ahzaab; 21)

Rasuluilah s.a.w. dan para sahabat yang bedman dengannya, adalah para hamba Allah S.W.T. yang tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyu' merendah diri kepada Allah S.W.T. takut dan mengharap kepada-Nya, bertawakal serta bersyukur kepada-Nya. Wajah mereka berbekas kesan daripada sujud. Pada waktu siang mereka menjadi pahlawan gagah membela agama Allah S.W.T. Sedangkan pada waktu malam air mata mereka berlinang kerana insaf dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Al-Quranmenggambarkan pengabdian mereka kepada Allah S.W.T. dengan firman-Nya yang bermaksud:

" Nabi Muhammad s.a.w. ialah RasulAilah dan mereka yang bersama dengannya tegas terhadap orang kafir, dan sebaliknya bersikap kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Kamu melihat mereka ruku'dan sujud dengan mengharapkan limpah kumia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang saleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud". (al-Fath: 29)

Rasulullah s.a.w. paling banyak beribadah dan paling bertaqwa, tanpa melupakantanggungjawab terhadap kewajipan manusia yang lain. tsteri baginda Aishah hairan kerana baginda begitu tekun beribadah kepada Allah S.W.T. Pada suatu ketika 'Aishah bertanya, mengapa baginda begitu tekun dan kuat beribadah, pada hal Allah S.W.T. sedia mengampuni dosa baginda yang terdahulu dan terkemudian. Rasuluilah s.a.w. menjawab, yang bermaksud:

"Tidakkah aku ingin dirinya menjadi hamba yang bersyukur." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bersyukur adalah akhlak yang tinggi dan mulia dalam hubungan dengan Allah S.W.T. Bersyukur di atas ni'mat yang dikurniakan Allah S.W.T, kemuncak daripada tujuan beribadah. Membentuk diri menjadi hamba Allah yang bersyukur, mercu kejayaan dalam usaha membentuk insan kamil yang meredhai Allah dan diredhai Allah. Kesyukuran itu, menambahkan lagi kesayangan Allah dan sentiasa mendapat tambahan ni'mat-ni'mat Allah S.W.T. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahi ni'matku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatiah keras". (Ibrahim: 7)

Rasuluilah s.a.w. adalah contoh manusia yang bersyukur kepada Allah S.W.T. dan kesyukurannya itu dilafazkan menerusi amalan ibadahnyakepadaallah S.W.T. lni ditambahi pula dengan ingatan yang tidak putus-putus terhadap Allah dan menjadikan seluruh kehidupannya dalam suasana beribadah kepada Allah S.W.T. semata-mata.

Beribadah dalam pengertian bersolat, berzikir, berpuasa dan amalan-amalan kerohanian yang lain dilakukan tanpa mengurangkan tanggungjawab dalam hubungan antara sesama manusia, seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T menekankan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia seperti yang dinyatakan-Nya dalam al-Ouran yang bermaksud:

"Mereka ditimpakan kehinaan di mana- sahaja mereka berada kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia". (a-li'lmraan: 112)

Justeru itu al-Quran menggariskan prinsip-prinsip bagi mewujudkan sistem yang mengatur hubungan dengan Allah S.W.T. menerusi ibadah dan taqwa serta sistem yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia. Sistem ini menjamin jalinan hubungan yang berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia dari kehinaan dan dapat meningkatkan martabat mereka menuju kemuliaan dan kehormatan.

Pada suatu ketika Rasuluilah s.a.w. mendengar perbualan beberapa orang sahabat mengenai ibadat mereka. Seorang berkata, ia bersembahyang sepanjang malam. Sahabat yang lain pula berkata ia berpuasa sepanjang hari sementara seorang lagi berkata ia tidak berkahwin untuk menumpukan kepada ibadat. Rasuluilah s.a.w. mendengar perbualan mereka lantas berkata, "kamukah yang berkata demikian, demikian. Akulah orang'yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Akan tetapi aku sembahyang dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa malah aku mengahwini wanita-wanita".

Tumpuan kepada ibadah khusus dalam menguatkan hubungan dengan Allah tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab dalam hubungan dengan manusia yang juga merupakan ibadah apabila dilakukan untuk keredhaan Allah serta melaksanakan perintah dan arahannya.

Akhlak Terhadap Sesama Islam

Al-Qurran dan al-Sunnah yang menterjemahkan ajaran al-Ouran ke dalam realiti kehidupan, menggariskan akhlak-akhlak mulia dalam hubungan antara sesama orang-orang beriman, secara terperinci.

Hubungan antara sesama orang beriman itu diasaskan kepada persaudaraan. Persaudaraan yang sentiasa digerak dan dihidupkan, diperbaiki dan diperkukuhkan. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikaniah diantara dua saudara kamu'. (al-Hujuraat.. 10)

Persaudaraan itu diikat dengan kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dari segi saling berkasih sayang dan berkasihan belas, adalah seperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit, membawa seluruh jasad turut berjaga malam dan demam'. (RiwayatAhmad)

Perasaan kasih-sayang terhadap sesama umat islam adalah komponen yang membentuk iman. Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mestilah mengandungi perasaan kasih kepada kedua-duanya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Tidak beriman seseorang kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihinya daripada yang lain dari keduanya'. (RiwayatAhmad)

Dalam hubungan ini, kasih kepada orang beriman telah dikaitkan dengan kesempurnaan iman. Lni menunjukkan bagaimana pentingnya nilai kasih sayang itu dalam kehidupan dan pergaulan sesama orang-orang beriman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya. (Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan AI-Hakim)

Nilai kasih sayang yang disemai dalam diri para mu'min sebagai menyambut arahan Allah dalam al-Quran dan ajaran Rasuluilah dalam sunnahnya. la bertujuan untuk membina dan membentuk akhlak murni di kalangan orang-orang beriman dalam pergaulan antara sesama mereka. Pertemuan dan perjumpaan antara sesama Islam hendaklah dalam keadaan wajah yang berseri-seri dan manis, yang dijelmakan dalam senyuman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah." (Riwayat At-Tirmizi)

lni diikuti dengan mengucap selamat serta memberi salam untuk memulakan hubungan dan pertemuan. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'...Sebarkantah salam di kalangan kamu". (Riwayat Muslim)

Seterusnya, Rasulullah s.a.w. menggariskan peraturan-peraturan memberi salam secara terperinci yang boleh dirujukkan kepada kitab-kitab hadis.

Bagi memupuk perasaan kasih sayang serta memperkukuhkan keimanan, Allah S.W.T dan Rasul-Nya melarang tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan dan perkataan yang boleh membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturrahim di kalangan orang-orang beriman. Begitu juga perlakuan yang buruk yang menjatuhkan martabat dan ketinggian orang-orang beriman.

Allah S.W.T. melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keburukan yang dilakukan daiam masyarakat. Walau bagaimanapun Islam memberi kebenaran melakukan pendedahan keburukan yang berkaitan dengan periakuan zalim apabila dibuat di mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan. Begitu juga saksi dan orang yang teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang untuk menegakkan keadilan. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang melainkan mereka yang dizalimi". (al-Nisaa'.. 148)

Keburukan yang dilakukan oleh seseorang mu'min hendaklah disembunyikan. Jika keburukan itu berkaitan dengan pencabulan terhadap keadilan, ia hendaklah diadili di mahkamah dan dihukum jika thabit kesalahan. Walau bagaimanapun berita mengenai kesalahan dan hukuman yang dikenakan tidak boleh didedah dan disebarkan untuk dijadikan bahan perbualan orang ramai. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya didunia dan diakhirat". (Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

Seterusnya orang-orang yang beriman dilarang berperangai suka menyebarkan berita tanpa dipastikan kebenarannya, suka mencela dan mengkritik, suka melaknat dan mengeluarkan kata-kata buruk dari mulutnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Memadai seseorang itu berdusta apabila ia berbicara tentang apa sahaja yang didengarnya". (Riwayat Muslim)

Mengenai budaya suka mengecam, mengerdik dan melaknat, Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Bukaniah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat". (Riwayat Bukhari dan Ahmad)

Orang-orang Islam dilarang menghina sesama orang-orang Islam. Sebaliknya mereka hendaklah saling hormat menghormati. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Cukup seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara muslimnya (RiwayatAt-Tirmizi)

Kewajipan orang Islam terhadap saudara muslimnya yang melakukan kesilapan dan kesalahan ialah memberikan nasihat dan menghukum dengan hukum Allah S.W.T. setelah dibicarakan dan dithabitkan kesalahannya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Agama ituialahnasihat".Adayangberkata "untuksiapa ya Rasulullah. Sabdanya "untukailah dan untuk Rasul-Nya untuk pemimpin orang-orang Islam dan orang ramai di kalangan mereka'.

(Riwayat Bukhari)

Al-Quran Sumber Akhlak Mulia

Al-Quran sumber bagi hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang menyusun tingkahlaku dan akhlak manusia. Al-Quran menentukan sesuatu yang haial dan haram, apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Al-Quranmenentukan bagaimana sepatutnya kelakuan manusia. Al-Quran juga menentukan perkara yang baik dan tidak baik. Justeru itu al-Quran menjadi sumber yang menentukan akhlak dan nilai-nilai kehidupan ini.

Al-Quran mengharamkan yang buruk dan keji serta melarang manusia melakukannya. Al-Quranmelarang manusia minum arak, memakan riba, bersikap angkuh dan sombong terhadap Allah, satu-satu kaum menghina kaum yang lain. Al-Quran melarang pencerobohan, fitnah dan

berbunuhan. Al-Quranmelarang menyebarkan maklumat mengenai perkara-perkara keji.

Al-Quran mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah S.W.T., bertaqwa kepada-Nya, mempunyai sangkaan baik terhadap-Nya. Al-Quran juga mengajak manusia berfikir, cinta kepada kebenaran, bersedia menerima kebenaran. Malah mengajak manusia supaya berilmu dan berbudaya ilmu.

Al-Quranjuga mengajak manusia supaya berhati lembut, berjiwa mulia, sabar, tekun, berjihad, menegakkan kebenaran dan kebaikan. Al-Quran mengajak manusia supaya bersatupadu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim.

Jelaslah bahawa al-Ouran menjadi sumber nilai-nilai dan akhlak mulia. Penampilan akhlak mulia dalam al-Ouran, tidak bersifat teoritikal semata-mata, tetapi secara praktikal berdasarkan realiti dalam sejarah manusia sepanjang zaman. Al-Quran adalah sumber yang kaya dan berkesan untuk manusia memahami akhlak mulia dan menghayatinya.

Friday, April 23, 2010

Adab - Adab Pergaulan.

Dipetik daripada Kitab Mau'izatul Mu'minin, karya Imam Al-Ghazali


Jika kamu ingin berbual secara baik dan sopan, maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini :


Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan sekali-kali kamu menampakkan sikap angkuh, sombong dan berasa tinggi diri. Rendahkanlah dirimu tapi bukan kerana perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal, letakkan menurut ukuran yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan dari segala macam perkara itu pasti tidak baik dan tercela.

Jangan gemar melihat di kedua sampingmu, kanan atau kiri. Jangan pula banyak menoleh ke mana-mana. Jangan pula terlampau tajam memandang orang lain. Jikalau engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana orang yang tidak tenang duduknya dan seperti orang yang hendak melompat-lompat sahaja.

Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak tenang, kata-katamu selalu teratur dan tertib. Dengarlah hati-hati percakapan orang yang ada di mukamu, tanpa menunjukkan kehairanan yang amat sangat. Jangan pula engkau biasa meminta orang lain mengulangi perbicaraannya. Jikalau ada hal-hal yang mentertawakan, maka diamlah secepat mungkin.

Janganlah dalam bercakap-cakap itu engkau membanggakan dirimu sendiri, anak-anakmu, rambutmu, karangan-karanganmu atau apa sahaja yang engkau anggap suatu keistimewaan dalam dirimu atau keluargamu.

Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan. Janganlah engkau dianggap manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama oleh lawanmu. Jauhkanlah sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu. Jangan sesekali berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang. Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda kemarahanmu, ucapkanlah isi hatimu dengan baik.

Cinta Dalam Islam

Assalamualaikum


Cinta Di dalam Islam

Lelaki dan perempuan memang diberikan nafsu oleh Allah.Jika seorang lelaki melihat seorang perempuan, lazimnya ia diiringi kecenderungan ke arah seks. Atas sebab itulah Islam memperkenalkan konsep aurat, menundukkan pandangan, melarang wanita berhias secara keterlaluan kerana ia boleh menarik nafsu lelaki kepada perempuan.

Oleh itu, jika ada lelaki yang mengatakan bahawa dia berkawan dengan seseorang perempuan tanpa perasaan cinta, yang sebenarnya ia adalah kes yang jarang dan tidak termasuk dalam kes-kes biasa. Walaupun hubungan persahabatan ini lazimnya didakwa terjalin bukan atas dasar cinta atau seks, namun ia masih tertakluk kepada hukum yang sama, iaitu lelaki dan perempuan tidak boleh mempunyai hubungan yang akrab atau dengan kata lain bergaul bebas tanpa batasan. Kerana itu ada hadis menyebut,

Dari 'Amir bin Rabiah,Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Janganlah sesekali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana yang ketiganya adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya." (Riwayat Ahmad)

Yang sebenarnya tidak salah bercinta, tetapi cinta itu mestilah didasarkan di atas perjalanan syariat. Kita boleh lihat kebanyakan muda mudi hari ini, sebelum mendirikan rumahtangga akan bersumpah setia yang disaksikan oleh bulan dan bintang untuk sehidup semati atau pun kasih tidak akan bertukar ganti. Betulkah cara tersebut boleh dikategorikan sebagai sebuah cinta suci yang patut wujud di dalam rumahtangga Islam.

Cinta suci di dalam istilah ialah cinta lelaki tidak boleh berbelah bagi kepada wanita yang dicintainya dan begitu juga sebaliknya. Rasa-rasanya bentuk cinta yang sedemikan adalah hipokrit. Wujud atas dasar kasih tidak mahu dibelah bagi.

Kemungkinan jua cara kita menilai cinta banyak dipengaruhi filem-filem Hindustan yang begitu popular masa kini. Atau pun kita menilai cinta banyak dipengaruhi oleh kisah cinta Romeo dan Juliet yang sanggup mati bersama. Agaknya inilah bentuk cinta yang tinggi nilainya. Sekiranya begini cara setiap pasangan berfikir, pasti mereka tidak akan menemui kebahagiaan. Kerana pengalaman telah membuktikan banyak rumahtangga yang gagal dibina di atas bentuk ini.

Bila didapati pasangan melakukan kesilapan atau punya kelemahan, hati semakin hancur dan timbul tindakan yang tidak tentu arah. Tidak hairanlah jikalau wujud risiko yang sebegitu rupa kerana cinta diletakkan pada hamba yang lemah, bukan pada Allah yang Maha Esa.

Di dalam Islam, cinta yang sejati itu adalah cinta yang diserahkan kepada Allah s.w.t dan lelaki atau suami hanyalah jalan untuk isteri memperolehi redha Allah. Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan RasulNya. Hati yang demikian akan melihat akhirat lebih utama daripada dunia. Maka orang yang sedemikian akan mengorbankan dunianya untuk akhirat.

Ditegaskan oleh suatu hadis bahawa orang lelaki jika ada kemampuan, digesa supaya cepat berkahwin. Ini dinyatakan hadis yang diriwayatkan oleh Jama'ah dan Ibnu Mas'ud, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Wahai pemuda! Jika di antara kamu ada yang mampu kahwin hendaklah ia berkahwin, kerana nanti matanya akan lebih terjaga dan kemaluannya akan lebih terpelihara. Dan apabila ia belum mampu kahwin. Hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu ibarat pengebiri (penahan)."

Mengapa mereka disuruh berkahwin? Kerana dalam al-Quran juga Allah menyebut, manusia secara normal memang Allah jadikan ada nafsu seks terhadap wanita. Fitrahnya memang begitu. Jadi bagaimana kita ingin menafikan hakikat tersebut?" Firman Allah surah An Nur: 30 yang bermaksud,

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka."

Sementara ayat dari surah An-Nur: 31, seterusnya menegaskan,

"Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dan orang-orang lelaki yang telah tua dan tiada keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka."

Bagi para remaja, adalah terlalu bahaya bergaul bebas sesama sendiri antara lelaki dan wanita. Walaupun mereka mengatakan mereka tidak bercinta tetapi mereka juga tertakluk kepada hukum. Seperti seorang perempuan mendakwa, 'Orang perempuan memakai tudung kerana dia cantik ingin menutup kecantikannya'. Walau apa pun alasannya,dia tetap termasuk dalam undang-undang kena menutup aurat.

Kemungkinan-kemungkinan hubungan ini akan menjadi sebab fitnah dan menghampiri zina, tidak dinafikan. Muqaddimah zina adalah hubungan akrab antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram. Walaupun pada dasarnya ia tidak mempunyai kecenderungan seks tetapi ia boleh menimbulkan fitnah apabila ada hubungan antara lelaki dan perempuan.

Apatah lagi nafsu memang tidak bermata, tidak kenal sifat, usia atau apa pun.

Walaupun kerap dinyatakan di mulut, bahawa hubungan itu tidak ada kecenderungan seks, tetapi Allah lebih mengetahui, bahawa dalam hati manusia memang ada kecenderungan seperti itu.

Walau bagaimanapun, Islam tidaklah begitu keras sehingga menghalang lelaki dan perempuan daripada bersahabat. "Tidak salah menjadi kawan baik tetapi ada batasannya. Pertama, dari segi aurat harus dijaga. Selain itu, percakapan juga harus dipelihara agar perbualan tidak menjurus ke arah seks.Komunikasi dianggap penting, sebab itu Islam mengingatkan wanita agar merendahkan suara ketika bercakap kerana bimbang perkara sebegini akan terjadi. Juga elakkan jangan sampai ada sentuhan fizikal. Serapat mana pun hubungan tersebut dengan beranggapan lelaki atau perempuan sebagai saudara angkat atau sahabat karib, Islam masih meletakkan batas bahawa mereka tidak boleh bersentuh kulit dan sebagainya tanpa keadaan darurat tertentu.

Wallahu A'lam...

*** Lelaki Yang Baik Untuk Wanita Yang Baik ***

Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini. Justeru itulah, fenomena dalam masyarakat kita memperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan berumahtangga dengan pasangan yang baik juga dalam kehidupan mereka.

Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah sepatutnya berpasangan dengan yang baik juga. Jika diQiaskan kepada rupa, ia boleh diibaratkan sebagai "pertemuan bagai pinang yang dibelah dua." Di dalam al-Quran, Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

Bagaimanapun, fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan, sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik. Disebabkan keadaan itu, rumahtangga mereka juga sering kelihatan tidak bahagia dan sesetengahnya turut musnah. Kenapa kejadian seperti itu berlaku? Sedangkan di dalam Surah an-Nur; ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,

"Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik."

Pada sesetengah pihak, ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya, malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa, Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya.

Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik, sesetengah pihak turut bertanya, apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu?

Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh Qada dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang. Dengan kata lain, ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik. Sebaliknya, ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing. Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam, setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah, Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki.

Ekoran fitnah itu, ada umat Islam yang mempercayainya. Sedangkan yang sebenarnya, Siti Aisyah itu wanita yang amat baik dan amat suci yang tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian, malahan tidak pernah sedikitpun pun terniat melakukannya. Disebabkan peristiwa itulah,Allah s.w.t. menurunkan ayat itu. Ia merupakan penjelasan Allah mengenai kedudukan sebenarnya mengenal fitnah itu yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Selanjutnya setiap umat Islam juga perlu memahami dengan mendalam firman Allah dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud:

"Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula,atau perempuan musyrik.Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik. Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman."

Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja. Jumhur ulama mengatakan, hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh Allah s.w.t.Ia dimansukhkan oleh Allah dengan ayat 32-33 dalam Surah an-Nur juga yang bermaksud kahwinilah wanita di kalangan kamu, dengan terjemahan penuhnya yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh. Kalau mereka miskin, nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu.Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina), sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya.Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima,jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka. Berikanlah kepada mereka harta Allah, yang diberikanNya kepadamu. Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina, jika mereka menghendaki kesucian, supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia. Barang siapa memaksa mereka, maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.

Dengan pemansukhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja, tidak dengan yang baik.

Sebaliknya ia telah menjadi umum. Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina, perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik, perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik.Jadi maknanya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah, tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik,yang soleh atau solehah. Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu,

Berhubung dengan perubahan perangai seseorang yang kurang baik menjadi baik apabila berkahwin dengan orang yang baik pula. Kalau seseorang yang kurang baik atau tidak baik sama ada lelaki atau wanita berkahwin dengan orang yang baik, tidak pula boleh dikatakan perangainya akan pasti berubah menjadi baik sejajar dengan kedudukan pasangannya sebagai orang yang baik. Tetapi pengaruh persekitaran dari orang yang baik mungkin mempengaruhi individu dari tidak baik kepada baik. Inilah kekuatan agama yang ada pada diri seseorang yang mampu untuk menarik pasangannya mentaati Allah dan RasulNya.

Dalam Islam, seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia. Kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu, untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan. Ini adalah dakwah.

Dalam Islam, kalau seseorang tu telah bertaubat, kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu. Kalau tidak, berdosa. Sebab dalam Islam, orang yang sudah bertaubat itu dikira sudah bersih. Tetapi terdapat juga kejadian di mana masyarakat tidak menerima orang yang telah bertaubat.

Inilah silapnya sesetengah anggota masyarakat kita. Orang yang sudah bertaubat pun dikatakan masih jahat juga. Banduan-banduan yang sudah keluar dan penjara yang sudah bertaubat itu sepatut diterima baik oleh masyarakat. Bohsia dan bohjan, penagih dadah dan sesiapa sahaja yang bersalah dan kemudian yang sudah bertaubat sepatutnya kita terima mereka dan didik mereka ke arah Islam.Tetapi sesetengah anggota masyarakat kita tidak juga mahu menerimanya. Akibatnya, ia mendatangkan kesan buruk pula kepada orang berkenaan dan kepada masyarakat. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang apabila berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya, (kemudian) mereka ingat akan Allah, lalu mereka meminta ampun atas dosanya. Dan tiadalah yang mengampunkan kecuali Allah. Mereka tiada berkekalan di atas dosanya itu sedang mereka mengetahui."
( Ali Imran : 135 )

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan dirinya." ( Al BaQarah : 222 )

Wallahu A'lam...