Wednesday, March 2, 2011

Hidup Pada Memberi

Setelah tiga bulan bergelar seorang pendidik, kini baru ku sedari bahawa ada keseronkannya menjadi seorang pendidik. Dari situ kita akan kenali dan ketahui pelbagai ragam dan kerenah anak-anak didik kita. Di tempat aku bertugas, aku telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Sirah untuk Tahun 4 dan 5, dan Bahasa Arab untuk Tahun 1 hingga Tahun 5.

Pada mulanya memang agak sukar untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), tetapi lama kelamaan aku sudah pun dapat membiasakan diriku dengan situasi-situasi seperti itu. Bermacam-macam ragam yang telah dipamerkan oleh anak-anak muridku. Mereka mempunyai tahap pencapaian akademik yang berbeza. Ada yang hyperactive, ada yang lambat dan ada juga yang bijak. Sebagai seorang pendidik, perlu tahu kaedah-kaedah yang sesuai untuk menangani situasi tersebut.

... bersambung ....

No comments:

Post a Comment